Want your
own Fotopage?








 
Wedding Lifestyle Event Birthday Photography
The Art of Candid

By: Life Through Lenses Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 24-Nov-2007 09:36 Email | Share | Bookmark
Introduction

 


Majlis Berlangsung pada 3 & 4 November 2007 dengan meriahnya di kediaman Shaliza, Taman Sri Aman, PJ. Pada 3hb dalam pukul 4 petang, tiba lah rombongan pengantin lelaki untuk majlis Nikah. Nikah telah dilangsungkan selepas Asar. Dengan sekali lafaz nikah, Manazree (Aie) dan Shaliza (Liza) selamat diijabkabulkan. Selepas jamuan ringan majlis pun selesai.

Pada keesokan harinya, 4hb November 2007, hari yang cerah dengan cuaca yang bagus amat menyelesakan kami. Majlis yang amat meriah sekali dengan tema "purple", DJ yang amat mencuit hati (memang kelakar celotehnya) di datangkan khas dari Melaka dan gurau senda penduduk sekitar yang sememangnya bermuafakat, menyerikan majlis tersebut. Rombongan pengantin lelaki tiba pada pukul 1.30 th/hari. Diarak ke pelamin yang dibina "outdoor". Majlis yang amat meriah. Di akhir majlis pengantin pengantin telah di anugerahkan pengacau belanga sebagai isyarat mereka kena basuh belanga..hehehe.. gurau aje.

Majlis diteruskan di sebelah lelaki pula pada 10 & 11 November 2007. Pada 10hb, malam, diadakan acara persalinan dimana Aie dan Liza mengenakan gaun putih dan suit. Tapi sebelum itu Liza telah mengenakan pakaian Punjabi.

Pada keesokan harinya 11hb, majlis telah berlangsung secara meriahnya. Walaupun hujan di sebelah t/harinya, majlis tetap berlangsung seperti biasa. Di mulakan dengan acara Marhaban oleh Kumpulan wanita Umno, seterusnya majlis berjalan seperti biasa. Hari itu agak mencabar bagi kami kerana cabaran mengambil gambar di dalam hujan. Tetapi Alhamdullilah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengantin terpaksa menyelinap keluar dari pintu belakang untuk menyetai rombongan dari keluarga pengantin perempuan. Kitorang berarak dalam hujan. Style tu. hehe. Apa-apa pun, Enjoy. Kepada Aie dan Liza, Selamat Pangantin Baru kami ucapkan. Semoga kekal ke anak cucu.

Click HERE for more pictures

[LIFE.THROUGH.LENSES PHOTOGRAPHY]
Nor'Akla Bin Shafie (Marketing Manager)
tel: 013-3999 352
email: arch_labmi@hotmail.com
ym: sup_ekoq

hai... salam kenalan dr qaseh.. sama2 kita njoy kt fotopages... mungkin qaseh leh kongsi dgn kmu... Sat 24-Nov-2007 15:20
Posted by:Qaseh mutiaraqaseh@gmail.com
Nice intro.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
MHK Studio - Capturing Memorable Moments
http://www.MHKstudio.com
http://BlueShades.fotopages.com
Wedding Photographer (Creative, Candid & Photojournalism)
Sat 24-Nov-2007 15:52
Posted by:BlueShades @ MHK Studio  - [Link]
Mantap gambar nie, RE: sayer yang kena banyak belajar nie... Sun 2-Dec-2007 06:55
Posted by:alchemist  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.