Want your
own Fotopage?








 
Wedding Lifestyle Event Birthday Photography
The Art of Candid

By: Life Through Lenses Photography

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Wednesday, 5-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Farah & Zikril (Seremban)


Care to comment?


Saturday, 22-Dec-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Zika & Naim (Dewan Jubli Intan,Muar)

22 Disember 2007, merupakan tarikh keramat di antara Zika dan Naim kerana hari itu adalah hari perkahwinan mereka. Majlis tersebut boleh dikatakan "grand giler" sebab memang grand!! hehe. Dilangsungkan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. Pada sebelah pagi di langsungkan pernikahan antara mereka berdua di Masjid Jamek Sultan Ibrahim. Dengan satu lafaz je maka sah lah Zika menjadi isteri Naim. Di sebelah tengah hari plak, konvoi motosikal berkuasa kuda eh.. berkuasa tinggi mengiringi kereta pengantin dari rumah dorang ke dewan. Sampai-sampai je kat dewan dorang disambut plak dengan silat. Bukan sorang dua ooo.. ramai.. Satu persatuan silat turun padang agaknya. Iringi dengan flower girl dan Hadrah. Memang gempak ar majlis nie. Ada joget lagi. Lastly dorang ada buat persalinan. Baju Korea dan Zika memakai gaun manakala Naim memakai pakaian istiadat Marin. Petang tu elok-elok je abis majlis terus hujan. Tapi alhamdullilah majlis berjalan dengan sempurna. Pape pun enjoy!
Selepas majlis perkahwinan dorang, keesokan harinya, kitorang pergi jalan-jalan dekat Tanjung. Sebelum pulang kitorang mengambil keputusan untuk buat shoot Lifestyle Zika dan Naim. Ala-ala dorang tengah dating la. So bagaikan paparazi kitorang meng'shoot' dorang nie. Memang happening. Ada gak scene seekor 'meow' nie nak enter frame gak. So layan je la. Enjoy

[b][LIFE.THROUGH.LENSES PHOTOGRAPHY]

Nor'Akla Bin Shafie (Marketing Manager)
tel: 013-3999 352
email: arch_labmi@hotmail.com
ym: sup_ekoq

Care to comment?


Tuesday, 11-Dec-2007 05:42 Email | Share | | Bookmark
Linda and Mahadi - Coming Soon!



7 Disember 2007, hari yang paling di tunggu-tunggu oleh Linda dan Mahadi.Pada hari itu dorang akan menamatkan zaman bujang dorang. Majlis pernikahan dorang nie berlangsung di rumah keluarga Linda di Serdang. Pada pukul 8.45 mlm maka sampai lah rombongan dari pihak lelaki.Kadi sampai se jurus selepas itu. Majlis diceriakan dengan gelak ketawa kerana celoteh Tok Kadi yang kelakar. Hilang la skit gemuruh pengantin lelaki. Walaupun Mahadi agak gugup pada mulanya, tetapi akhirnya dia berjaya jua memperisterikan Linda dengan sekali lafaz. Enjoy!

Linda & Mahadi (Dewan Seri Serdang)

9 Disember 2007, Maka berlangsunglah majlis perkahwinan antara Linda dan Mahadi. Tema colour dorang ialah merah terang. Dilangsungkan di Dewan Seri Serdang, Serdang, Majlis boleh dikatakan ringkas tapi meriah. Di meriahkan dengan DJ dan PA System kepunyaan Ayah Linda. Pada pukul 1.30 petang sampailah pasangan pengantin tersebut dengan menaiki kereta. Lebih kurang pukul 4 petang majlis pun selesai. Meriah!. Lepas tu kitorang buat outdoor session dekat tasik berdekatan Dewan berkenaan. Kitorang kena habiskan cepat sesi outdoor sebab hujan nak turun. Tapi alhamdulillah semuanya selesai dengan lancar. Enjoy!

Linda & Mahadi (Ijok)

6 Januari 2008, Majlis ke 2 kitorang bersama Linda dan Mahadi. Kali nie majlis pihak lelaki pulak. Majlis berlangsung di Ijok, Selangor. Kampung beb, meriah giler..kitorang sampai dalam pukul 11 pagi so dapat la shoot skit-skit untuk persiapan. Dilakukan secara gotong royong oleh penduduk kampung. Masak kawah. Fuh... Alhamdullilah boleh dikatakan cuaca pada hari tersebut memang cantik dan cerah. Rombongan Linda tiba dari serdang dalam pukul 12.15 dan singgah sebentar di rumah penduduk berhampiran untuk make-up dan persediaan. Dalam pukul 1.30 petang, perarakan pengantin di jalankan. Tema warna dorang hari tu adalah ungu. Memang cantik. Mereka bersanding di atas pelamin yang serba ringkas tapi cantik. Selesai je majlis kitorang buat sedikit outdoor portraiture. Kejap je tapi best. Lokasi? Depan rumah dorang je. Pinjam basikal budak-budak kampung suruh dorang naik. Ada satu time tu masa saya (syahid - photographer) naik basikal tu nak bagi kat pengantin (dorang duduk jauh dari tempat saya shoot), ada sorang makcik nie leh jerit “Photographer bawak lari basikal! Photographer bawak lari basikal!”. Cuak la kejap tapi makcik tadi tersengih je so saya rasa dia melawak je tu. Adeh nasib baik. Pastu depan rumah dorang ada parit kecil. So apa lagi... Shoot skit-skit dekat-dekat rumah berhampiran. Dalam pukul 4 macam tu majlis pun selesai. Enjoy!

You want to know more about us? Please CLICK HERE for more info

Please contact us for booking and enquiries at :

Life.Through.Lenses Photography
Mohammad Syahid Rosley (Photographer) - Tel: 012-2513984
Nur'Akla Bin Shafie (Marketing manager) - Tel: 013-3999342
Email : oblind36@gmail.com[b]

nice....
http://yanadcute.fotopages.com
Sun 16-Dec-2007 13:49
Posted by:yana anol_ku_cayunk@yahoo.com  - [Link]
singgah la.. http://hantaranhati2010.blogspot.com/ Thu 5-Nov-2009 03:42
Posted by:niesa amersya@gmail.com  - [Link]
askm...tumpang iklan........ kpd bakal2 pengantin masih tercari2 pakej perkahwinan ,kami di andaman nasliana mengadakn pakej promosi 2010 so untuk keterangan lebih lanjut si ke blog kami http://nasliana.blogspot.com tq tuan tanah.. Mon 7-Dec-2009 19:07
Posted by:andaman nasliana
Add comment


Saturday, 24-Nov-2007 09:36 Email | Share | | Bookmark
Introduction

 


Majlis Berlangsung pada 3 & 4 November 2007 dengan meriahnya di kediaman Shaliza, Taman Sri Aman, PJ. Pada 3hb dalam pukul 4 petang, tiba lah rombongan pengantin lelaki untuk majlis Nikah. Nikah telah dilangsungkan selepas Asar. Dengan sekali lafaz nikah, Manazree (Aie) dan Shaliza (Liza) selamat diijabkabulkan. Selepas jamuan ringan majlis pun selesai.

Pada keesokan harinya, 4hb November 2007, hari yang cerah dengan cuaca yang bagus amat menyelesakan kami. Majlis yang amat meriah sekali dengan tema "purple", DJ yang amat mencuit hati (memang kelakar celotehnya) di datangkan khas dari Melaka dan gurau senda penduduk sekitar yang sememangnya bermuafakat, menyerikan majlis tersebut. Rombongan pengantin lelaki tiba pada pukul 1.30 th/hari. Diarak ke pelamin yang dibina "outdoor". Majlis yang amat meriah. Di akhir majlis pengantin pengantin telah di anugerahkan pengacau belanga sebagai isyarat mereka kena basuh belanga..hehehe.. gurau aje.

Majlis diteruskan di sebelah lelaki pula pada 10 & 11 November 2007. Pada 10hb, malam, diadakan acara persalinan dimana Aie dan Liza mengenakan gaun putih dan suit. Tapi sebelum itu Liza telah mengenakan pakaian Punjabi.

Pada keesokan harinya 11hb, majlis telah berlangsung secara meriahnya. Walaupun hujan di sebelah t/harinya, majlis tetap berlangsung seperti biasa. Di mulakan dengan acara Marhaban oleh Kumpulan wanita Umno, seterusnya majlis berjalan seperti biasa. Hari itu agak mencabar bagi kami kerana cabaran mengambil gambar di dalam hujan. Tetapi Alhamdullilah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Pengantin terpaksa menyelinap keluar dari pintu belakang untuk menyetai rombongan dari keluarga pengantin perempuan. Kitorang berarak dalam hujan. Style tu. hehe. Apa-apa pun, Enjoy. Kepada Aie dan Liza, Selamat Pangantin Baru kami ucapkan. Semoga kekal ke anak cucu.

Click HERE for more pictures

[LIFE.THROUGH.LENSES PHOTOGRAPHY]
Nor'Akla Bin Shafie (Marketing Manager)
tel: 013-3999 352
email: arch_labmi@hotmail.com
ym: sup_ekoq

hai... salam kenalan dr qaseh.. sama2 kita njoy kt fotopages... mungkin qaseh leh kongsi dgn kmu... Sat 24-Nov-2007 15:20
Posted by:Qaseh mutiaraqaseh@gmail.com
Nice intro.

-------------------------------------------------------------------------------------------------
MHK Studio - Capturing Memorable Moments
http://www.MHKstudio.com
http://BlueShades.fotopages.com
Wedding Photographer (Creative, Candid & Photojournalism)
Sat 24-Nov-2007 15:52
Posted by:BlueShades @ MHK Studio  - [Link]
Mantap gambar nie, RE: sayer yang kena banyak belajar nie... Sun 2-Dec-2007 06:55
Posted by:alchemist  - [Link]
Add comment


Saturday, 4-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Haiza & Khamis (Kg. Gombang, Muar)

Majlis yang agak happening. Nikah di sebelah malam 3 Ogos. Tapi shooting kami pada kali ini agak mencabar di mana kami berhadapan dengan seorang otai photography yang mengunakan kamera jenis filem. Yang mencabarnya adalah beliau mengunakan lampu studio. Majlis sebelah malam di serikan dengan tarian "ceracap" atau menari sambil mengimbangkan lilin yang sedang menyala.
Keesokan harinya, hari yang sangat indah dengan langit yang membiru disamping udara kampung yang nyaman, majlis berlangsung dengan meriahnya. pengantin perempuan mengenakan 4 pasang persalinan. Lebih kurang pukul 2 rombongan pengantin lelaki telah tiba di perkarangan rumah pengantin perempuan. Majlis di serikan dengan persembahan silat oleh kanak-kanak. Sungguh lincah mereka bersilat. kemudiannya pengantin lelaki telah dikenakan 'tol' (adat johor). Banyak jugak la pihak pengantin lelaki kena 'bayar'. Majlis berlangsung dengan meriah dan selamatnya. Enjoy

Care to comment?


Saturday, 28-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Marina & Hafizan

Majlis perkhawinan Marina dan Hafizan agak meriah walaupun sederhana. Pada sebelah malam (27 Julai) pernikahan antara kedua-dua mempelai di lakukan lebih kurang dalam pukul 10 malam dan kemudian nya di teruskan dengan 3 persalinan. Keesokan harinya kami meneruskan shooting pasa sebelah tengah harinya dengan sepersalinan (gaun) sebelum majlis sebenar diadakan. Tepat pukul 2 petang, kedengaran paluan kompang oleh murid-murid sekolah teknik tersebut menandakan rombongan pengantin telah berarak menuju ke dewan sekolah. Majlis agak meriah dengan kehadiran kenalan-kenalan dan juga isi keluarga Sekolah Menengah teknik tersebut.. walaupun hari tersebut di"hadiri" sedikit hujan tapi ia tidak menjejaskan majlis. Enjoy.[b]

Care to comment?


Saturday, 14-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Amirul & Adibah (Muar, Johor)

Pasangan pengantin yang peramah hehe. Selamat Pengantin Baru kepada Amirul dan Adibah. Majlis berlangsung di Muar Johor (sebelah lelaki) dimana kami menemui pengantin di Belina Salon. Sementara menunggu keluarge pengantin perempuan sampai, kami membuat sedikit sesi photoshoot di sekitar Salon tersebut. Hari tersebut agak mendung tapi kami memberikan sedikit sentuhan supaya gambar-gambar yang kami shoot nampak macam hari tu cerah je. hehe. meriah gak la majlis nie. paluan kompang yang tak henti-henti menyebabkan pengantin lelaki sedikit tertekan hehe. khabarnya dorang nak direct 12 lagu hehe tapi nasib baik dorang di suruh berhenti. semangat betul budak-budak kompang nie. Apa pun.. Enjoy[b]

Care to comment?


Thursday, 14-Dec-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Norhasmizah & Mohd Talib ( Tangkak, Johor)

Selamat pengantin baru kepada Norhasmizah Mohammad Alias dan Abd Razak Talib. Hari yang indah dengan langit yang membiru. Tapi masa nie Johor dilanda banjir besar. So seluruh kawasan Muar takde air. Susah tu. Dengar cerita pengantin lelaki ter'perangkap' dalam banjir buat seketika. Tapi majlis kahwin nie still berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan. Meriah la gak. Dimulai dengan bacaan Yaasin oleh penduduk sekitar disamping Pengantin Perempuan tgh try 4 Jenis Persalinan. Dalam pukul 1.30 petang camtu Pengantin lelaki pun sampai. Kesian gak kat Pengantin Lelaki sebab nampak cam letih je hari tu. Maybe sebab redah air banjir kot. hehehe. Tapi kitorang sedaya upaya try untuk mendapatkan shoot-shoot yang terbaik untuk tatapan semua sehingga lah ke anak cucu cicit pengantin. Insyaallah..[b]

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.